Kuih Raya yang ingin di buat
1. Semperit
2. Untaian Kasih..nama kemain
3. Pretzel
4. Cornflakes
5. Florentine cookies
6. Lidah Kucing
Banyaknye...nanti kita lihat mana yg menjadi hehe
Sebelum tu kene belajar nak buat biskut...ada petua2 nya...
PETUA MEMBUAT BISKUT
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIAAssalamualaikum kepada para pelawat semua.Kita sudah pun masuk ke minggu ke dua bulan Ramadan ini.Tentu kaum-kaum ibu sedang memikirkan apa biskut raya nak buat tahun ni.Oklah saya akan memberikan beberapa tip dan panduan untuk anda membuat biskut yang enak.
1. Gunakan bahan mentah yang terbaik dan berkualiti.Contohnya guna mentega lebih sedap dari menggunakan majerin.Tepung pula gunakan tepung Red Rose atau tepung cookies.Kalau tak ada boleh gunakan tepung gandum biasa saja.
2. Jika mengunakan kekacang dalam adunan biskut, perlu dibakar dulu supaya biskut rangup.Untuk hiasan atas biskut, tak perlu dibakar kerana ia akan masak semasa proses membakar.
3. Jika menggunakan coklat masakan, cairkan secara 'double-boiler'.
4. Panaskan ketuhar ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan biskut.
5. Dulang pembakar disapu shortening atau alas kertas patchment paper agar tidak hangus atau melekat.
6.Baca resipi dengan teliti sebelum membuat biskut supaya kita tahu kaedah membuatnya yang betul.Biskut-biskut moden biasanya guna kaedah 'creaming method' iaitu mentega diputar bersama gula hingga kembang.Kemudian masukkan bahan-bahan lain.
7.Jika adunan terlembik (mungkin cecair spt telur berlebihan atau sukatan tak betul),boleh tambahkan tepung.Doh dimasukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 20 minit agar keras sedikit.
8.Jika doh agak kering atau berderai ,putar sedikt majerin dan gaulkan dengan tepung tadi agar ia cukup basah.
9.Biskut yang cukup masak berbau harum dan sikit keperangan.Biskut yang tak cukup masak akan cepat lemau.
10.Sejukkan biskut secukupnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Jadi itulah beberapa panduan membuat biskut.Biskut tanpa gunakan pengawet akan tahan 3 - 4 bulan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment